Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 8 August 2012

SESI ORIENTASI MURID BARU

         Sesi orientasi murid telah diadakan pada 17 Julai 2012 hingga 20 Julai 2012. Semua guru dan 8 orang murid telah terlibat dalam menjayakan sesi orientasi murid ini.









PENDAFTARAN MURID BARU

Tarikh   : 16 Julai 2012
Masa     : 7.30 - 12.30
Tempat : Dewan Serbaguna SMPKV Kuantan

          Sesi pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi. Seramai 6 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan telah mendaftar pada hari tersebut. Pendaftaran murid masih berterusan sehingga ke hari ini dan pada 9 Ogos 2012 SMPKV Kuantan telah mempunyai murid seramai 29 orang iaitu 19 murid lelaki dan 10 murid perempuan...





Persiapan tempat


Sesi pendaftaran


Taklimat kepada penjaga dan murid

Wednesday 11 July 2012

SENAMAN AEROBIK 1M1S SATU MALAYSIA

Tarikh: 11 Julai 2012
Masa : 7.30 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SMPKV Kuantan

Senaman aerobik ini dilakukan oleh guru-guru SMPKV Kuantan dan diketuai oleh Cik Norshahida, Cik Yogheetha dan Cik Rosilawaty...





Monday 21 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2012

        Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 16 Mei 2012 bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dengan ucapan daripada En. Mohd Bazari Bin Othman selaku Ketua Caretaker sekolah. Setelah tamat ucapan En. Bazari membuat kejutan dengan memberikan hadiah kepada guru-guru sebagai menghargai jasa mereka. Sambutan Hari Guru diakhiri dengan jamuan makan. Sekolah menjemput pengawal keselamatan, bahagian pembersihan sekolah dan kontraktor untuk bersama-sama menjamu selera.


Ucapan daripada En. Mohd Bazari B. Othman

Penyampaian hadiah

Jamuan makan

Wednesday 28 March 2012

Pelawat


Penerangan


Tinjauan

Pada 28 Mac 2012 pegawai daripada Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan Pelajaran Negeri dan guru-guru sekolah telah datang membuat tinjauan untuk menyediakan spesifikasi dan senarai barang yang diperlukan di bengkel sekolah bagi setiap kursus.

Thursday 8 March 2012

Lawatan Ke Jabatan Pertanian Negeri Pahang


Lawatan

Perbincangan

Selari dengan konsep sekolah iaitu berasaskan pertanian, sekolah telah mengadakan lawatan ke Jabatan Pertanian Negeri(JPN) bagi mewujudkan hubungan baik antara JPN dan sekolah. Kami berbincang dengan pegawai JPN berkenaan mengenai kursus-kursus yang disediakan dan kemudahan yang boleh diperolehi untuk sekolah.

Wednesday 7 March 2012

Lawatan Ke Muzium Sungai Lembing

Lombong


Pada 6 Mac 2012 sekolah telah mengadakan lawatan ke Muzium Sungai Lembing supaya guru-guru dapat mengenali dengan lebih dekat asal usul Sungai Lembing. Ia juga sebagai persediaan guru untuk mengadakan lawatan bagi pelajar ke Sungai Lembing.