Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 7 November 2014

MESYUARAT AGUNG KOPERASI KALI PERTAMA SMPKVK

Pada 07 November 2014 telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Koperasi Kali Pertama di Dewan Ibnu Al-Awwam. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Norran binti Haji Ahmad telah dimulakan dengan agenda minit mesyuarat yang lepas. 

Antara barisan kepimpinan koperasi sekolah sesi 2013/2014

LATIHAN PUSAT KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2014

Tahniah diucapkan kepada dua orang murid dari SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan yang telah dipilih oleh juri untuk menyertai kontijen Kuantan ke Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan Etnik Kreatif.

Murid SMPKV Kuantan (berbaju oren) sedang menjalani sesi latihan bersama SMK Beserah

BENGKEL PEMBANGUNAN PORTFOLIO MURID DAN BENGKEL PEMBANGUNAN AKADEMIK

Seramai 189 orang murid SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan telah menyertai Bengkel Pembangunan Portfolio Murid selama dua hari berturut- turut iaitu pada 04 November 2014 sehingga 05 November 2014. Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu murid menyiapakan portfolio SKM masing- masing khususnya untuk murid Tahun 3 yang bakal menamatkan sesi pengajiannya pada tahun ini. 

Guru SKM sedang membantu murid untuk menyiapakan portfolio SKM

Sunday 2 November 2014

BENGKEL MEMANAH 1 MURID 1 SUKAN

Seramai 40 orang murid bersama 5 orang guru pengiring telah menyertai Bengkel Memanah 1 Murid 1 Sukan yang telah berlangsung di SK Sungai Talam. Bengkel yang diadakan pada hari Sabtu, 01 November 2014 bermula pada jam 08.00 pagi telah berjaya memberi pendedahan awal kepada para murid untuk lebih mengenali sukan memanah tersebut. 

Salah seorang murid yang sedang melakukan teknik memanah

KARNIVAL KESENIAAN DAN KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUANTAN 2014

Pada 30 Oktober 2014 yang lepas, SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan telah menghantar seramai 12 orang murid ke Karnival Keseniaan dan Kebudayaan Pendidikan Khas Daerah Kuantan 2014 yang berlangsung di SK (LKTP) Bukit Goh. Antara pertandingan yang telah disertai adalah seperti Tarian Rampaian Tradisional dan Etnik Kreatif, Nyanyian Lagu Tradisional, Mewarna Batik Terbuka dan Seni Kraftangan Terbuka. 

Antara barisan peserta bersama guru pengiring

Friday 17 October 2014

MAJLIS 'POTLUCK' MERAIKAN PERTUKARAN CIKGU BAZARI

Sebuah Majlis Potluck telah dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf bertujuan untuk meraikan pertukaran Encik Mohd Bazari bin Othman selaku Ketua Bidang Bahasa ke SMK Seri Damai kerana telah dinaikkan pangkat sebagai GPK Pentadbiran Pendidikan Khas di sana. 


Wednesday 15 October 2014

BENGKEL PEMBANGUNAN UJIAN SOALAN PENILAIAN PENGETAHUAN DAN PENILAIAN PRESTASI

Pada 14 Oktober sehingga 16  Oktober yang lepas telah berlangsungnya Bengkel Pembangunan Ujian Soalan Penilaian Pengetahuan dan Penilaian Prestasi. Bengkel yang telah disertai oleh semua Guru SKM bertujuan untuk memastikan setiap guru mempunyai kemahiran untuk membina soalan berdasarkan standard terkini.

Ketika sesi perbincangan

Tuesday 14 October 2014

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014

Bermula 13 Oktober sehingga 16 Oktober 2014 telah berlangsungnya Peperiksaan Akhir Tahun 2014 untuk subjek akademik serta kemahiran. Semua pelajar tidak terkecuali untuk menduduki peperiksaan ini. Semoga anak-anak didik SMPKVK dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang!




Wednesday 8 October 2014

MAJLIS KORBAN DAN AKIKAH PERINGKAT SEKOLAH

Pada 07 Oktober 2014 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Korban dan Akikah Peringkat Sekolah. Sebanyak dua ekor lembu telah ditumbangkan sebelum diagihkan kepada fakir miskin serta dijamu manis kepada semua warga sekolah. 


Sekitar aktiviti penyembelihan lembu

Friday 3 October 2014

LAWATAN PENILAIAN PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Lawatan Penilaian Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia daripada Pusat Pentauliahan telah diadakan pada 2 Oktober 2014 (Khamis). Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Uda Hamdan dan turut disertai oleh sepuluh orang panel.
Semua guru diberi taklimat untuk proses pentauliahan 

Thursday 2 October 2014

LAWATAN DARI SMK TAMAN BUNGA RAYA, RAWANG

Pada 01 Oktober yang lepas, SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan telah menerima kunjungan mesra dari SMK Taman Bunga Raya, Rawang.Kunjungan yang disertai oleh 17 orang murid, 8 orang guru bersama 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bertujuan untuk mendedahkan dan menarik minat para pelajar dari SMK Taman Bunga Raya untuk melanjutkan pelajaran di SM Pendidikan Khas Kuantan. Pada masa yang sama, SM Pendidikan Khas Kuantan dapat memperluas identiti sekolah kepada pihak luar.
Para pelajar dari SMK Taman Bunga Raya bersama guru bergambar di hadapan sekolah

Sunday 28 September 2014

PROGRAM ENGLISH IS FUN : MAKE A DIFFERENCE

Program English is Fun : Make A Difference ini telah diadakan pada 26 September sehingga 28 September 2014 yang bertempat di Dewan Ibnu Al Awwam. Program ini telah diketuai oleh Saudara Mohd Fuad dari Universiti Putra Malaysia dan mereka telah berjaya membangkitkan semangat para pelajar untuk lebih meminati Bahasa Inggeris.

AJK SMPKV Kuantan bersama fasilitator

Thursday 25 September 2014

CERAMAH DENGGI

Pada 25 September 2014, Unit Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) telah menganjurkan Ceramah Denggi yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar tentang kepentingan kebersihan persekitaran sekolah.



Penceramah daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan

Wednesday 24 September 2014

BENGKEL CORE ABILITIES KALI PERTAMA UNTUK TAHAP 1 DAN TAHAP 2

Pada 24 September 2014 sehingga 26 September 2014 telah diadakan Bengkel Core Abilities  untuk pelajar Tahap 1 dan Tahap 2. Semua Guru Akademik telah melibatkan diri untuk menjayakan bengkel ini yang diketuai oleh Cik Tang Lai Shin. 
Sesi perbicangan kumpulan

Saturday 13 September 2014

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SEMARAKKAN KEMERDEKAAN TAHUN 2014

       Majlis Penutupan Semarak Kemerdekaan telah diadakan di Dewan Ibnu Al-Awwam yang dirasmikan oleh Puan Hajah Norran binti Hj Ahmad. Dalam majlis ini telah dipersembahkan dengan satu persembahan multimedia untuk semua aktiviti yang telah berlangsung sepanjang Program Semarak Kemerdekaan Tahun 2014. Selain itu, persembahan pentomin turut diadakan oleh para pelajar dalam kalangan Masalah Pendengaran.

      Penyerahan hadiah-hadiah kepada pemenang setiap pertandingan yang telah diadakan sepanjang program ini berlangsung turut diadakan dalam majlis ini.

     Selain pertandingan antara pelajar, terdapat juga pertandingan antara guru seperti pertandingan  menyediakan masakan yang berasaskan daripada ubi kayu.

     Diharapkan dengan program yang diadakan ini, para pelajar SMPKV Kuantan dapat menghayati dan menghargai kemerdekaan yang telah kita kecapi pada masa ini. 

Saturday 23 August 2014

PROGRAM BINA INSAN - PEMANTAPAN DAN AMALI SOLAT

Program bina insan ini telah diadakan untuk pelajar lelaki dan telah dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam pada 23 hb Ogos 2014 (Sabtu). Antara aktiviti yang telah diadakan seperti ceramah daripada Ustaz Ahmad Hazimin bin Mohd Azahri dan juga paparan video berkaitan solat.  Selain itu, pelajar akan membuat amali wuduk dan akan dinilai oleh beberapa orang guru yang bertindak sebagai fasilitator.
Pelajar sedang membuat amali wuduk

Monday 18 August 2014

SEMARAK KEMERDEKAAN 2014

       Program Semarak Kemerdekaan ini akan berlangsung bermula 18hb Ogos 2014 sehingga 12hb September 2014. Majlis pelancaran telah berlangsung pada hari ini iaitu 18hb Ogos 2014 dengan meriah sekali dengan persembahan pelajar dan juga persembahan multimedia yang memaparkan beberapa konsep kemerdekaan negara kita. 

      Selain daripada itu, pada  dalam majlis perasmian ini telah diadakan satu simbolik untuk menunjukkan apakah itu merdeka dengan pelepasan dua ekor burung merpati oleh Puan Pengetua Hajah Norran binti Hj Ahmad bersama-sama En Ramli bin Ibrahim selaku Guru Penolong HEM.
Acara dimulakan dengan persembahan daripada pelajar