Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 2 November 2014

KARNIVAL KESENIAAN DAN KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUANTAN 2014

Pada 30 Oktober 2014 yang lepas, SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan telah menghantar seramai 12 orang murid ke Karnival Keseniaan dan Kebudayaan Pendidikan Khas Daerah Kuantan 2014 yang berlangsung di SK (LKTP) Bukit Goh. Antara pertandingan yang telah disertai adalah seperti Tarian Rampaian Tradisional dan Etnik Kreatif, Nyanyian Lagu Tradisional, Mewarna Batik Terbuka dan Seni Kraftangan Terbuka. 

Antara barisan peserta bersama guru pengiring


Secara keseluruhannya, SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan telah membawa pulang dua buah kejayaan. Persembahan nyanyian dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Tradisional oleh Muhammad Faiz bin Jaafar daripada Kategori Masalah Pembelajaran telah berjaya menambat hati juri sekaligus mendapat tempat yang ketiga. Manakala, hasil kraftangan yang menarik oleh Nur Umairah Maisarah binti Othman juga daripada Masalah Pembelajaran telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan Seni Kraftangan Terbuka. 


Muhammad Faiz bin Jaafar yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Tradisional
Nur Umairah Maisarah (kiri) yang telah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Seni Kraftangan Terbuka
Walaupun pasukan tarian yang diwakili oleh Ahmad Naim, Shahrul Hanan, Muhammad Arif, Mohammad Syafiq, Amirul Izwan, Mohamad Arif Eikmal, Mohamad Shahfitri dan Muhd Idham Zahrin yang mempersembahkan Zapin Melayu Johor serta Joget Pahang kurang bernasib baik pada kali ini, namun usaha yang telah ditunjukkan oleh pasukan ini yang gigih berlatih seharusnya dipuji. Begitu juga dengan  Nur Farahin bt Mohd Azizi yang telah menyertai Pertandingan Mewarna Batik, walaupun kalah namun masih bersemangat untuk menyertai pertandingan sebegini pada masa akan datang. 


Pasukan Tarian Rampaian Tradisional dan Etnik Kreatif

Barisan guru pengiring

Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua murid yang sentiasa bersemangat untuk mengharumkan nama sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang menganjurkan pertandingan sebegini kerana ianya telah terbukti mampu mencungkil bakat para murid.