Seramai 40 orang murid bersama 5 orang guru pengiring telah menyertai Bengkel Memanah 1 Murid 1 Sukan yang telah berlangsung di SK Sungai Talam. Bengkel yang diadakan pada hari Sabtu, 01 November 2014 bermula pada jam 08.00 pagi telah berjaya memberi pendedahan awal kepada para murid untuk lebih mengenali sukan memanah tersebut.
|
Salah seorang murid yang sedang melakukan teknik memanah |
Selain itu tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat para murid yang mungkin terpendam dalam diri mereka. Rata- rata murid memberikan komen yang positif sepanjang berlangsungnya bengkel ini. Bagi mereka, dengan adanya bengkel sebegini memudahkan mereka untuk lebih mendalami teknik- teknik yang ada dalam sukan memanah. Hal ini berikutan kerana kemungkinan pada awal tahun 2015, sukan memanah akan diwujudkan sebagai salah satu sukan dalam kokurikulum.
|
Antara murid yang terlibat dalam bengkel ini |
|
Sesi warming up sebelum memulakan aksi memanah |
|
Sesi penerangan sebelum murid melakukan aktiviti memanah |
|
Sesi taklimat awal |
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang sudi memberi ilmu dan menunjuk ajar kepada semua murid SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan!