Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 21 September 2015

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

         Majlis penutupan bulan kemerdekaan ini telah berlangsung pada 17hb September 2015 baru-baru ini. Dalam majlis ini telah diadakan persembahan murid yang telah memenangi semua pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan. Datin Hajah Norran binti Haji Ahmad telah merasmikan majlis penutupan bulan kemerdekaan ini.

 

  Hadiah utama dalam pertandingan bulan kemerdekaan ini akan mendapat lawatan secara percuma ke Muzium Sungai Lembing dan Terowong Bijih Timah. Semoga dengan aktiviti seumpama ini akan menambah semangat cinta akan negara kita. 

Tuesday 8 September 2015

PELBAGAI AKTIVITI SEPANJANG SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

       Sepanjang sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini, pelbagai aktiviti telah dirancangkan dan ada yang telah diadakan dan ada juga masih berlangsung. Antaranya daripada bidang hospitaliti telah mengadakan pertandingan membuat cupcake dan pertandingan memasak berasaskan pulut. Selain daripada itu, bidang hospitaliti turut membuat jualan bagi produk yang telah dihasilkan oleh murid-muridnya.

      Bagi bidang Landskap dan Pertanian pula telah mengadakan pertandingan membuat bendera malaysia menggunakan bahan-bahan daripada pokok. Selain daripada itu, bidang ini turut membuat pertandingan mengail ikan yang mana turut diikuti oleh murid-murid pendidikan khas sekitar daerah Kuantan.



LADAP KOMUNIKASI BERKESAN UNTUK STAF DAN GURU

        Ladap yang bertajuk Komunikasi Berkesan yang telah disampaikan oleh En. Hisbul Hadi bin Mat Hassan, pensyarah daripada Kolej Komuniti telah diadakan pada 5hb 9 2015 (Sabtu). Dalan ladap ini seramai 20 orang guru yang telah terlibat. 

      Tujuan ladap ini diadakan ialah untuk melatih staf dan guru untuk berkomunikasi secara berkesan semasa berurusan dengan pelanggan. Sesuai dengan guru yang perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan semasa mengajar murid dalam kelas.  


Tuesday 1 September 2015

LAWATAN PENANDA ARAS KE DELTA SENIOR SCHOOL, SINGAPORE

        Seramai 36 orang staf SMPKVK telah terpilih dalam lawatan penanda aras di Delta Senior School, Singapore pada 31 OGOS 2015 baru-baru ini. Tujuan penanda aras ini adalah untuk melihat sejauh mana pengurusan staf di Delta Senior School dan  juga bagaimana murid-murid mereka dilatih. Sekolah ini terpilih untuk dilawati kerana terdapat kursus yang ditawarkan ini hampir sama dengan SMPKV Kuantan. 

        Kami telah disambut dengan layanan yang baik oleh guru-guru di sini. Pengetua sekolah iaitu Mdm Haslina telah memberi penerangan tentang serba sedikit berkaitan sekolah ini. Kami turut melawat ke bengkel-bengkel, kelas dan juga bilik-bilik khas lain yang dipandu oleh guru yang ditugaskan. Akhir sekali selepas lawatan tersebut, sesi soal jawab oleh pihak pengurusan Delta Senior School telah diadakan.

       Hasil lawatan di sini telah memberi banyak idea bagi pihak sekolah dari segi pengurusan dan juga dalam membentuk satu standard untuk pengeluaran produk (murid terampil) yang dapat digunakan dalam dunia kerjaya pada masa akan datang.