Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 8 September 2015

PELBAGAI AKTIVITI SEPANJANG SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

       Sepanjang sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini, pelbagai aktiviti telah dirancangkan dan ada yang telah diadakan dan ada juga masih berlangsung. Antaranya daripada bidang hospitaliti telah mengadakan pertandingan membuat cupcake dan pertandingan memasak berasaskan pulut. Selain daripada itu, bidang hospitaliti turut membuat jualan bagi produk yang telah dihasilkan oleh murid-muridnya.

      Bagi bidang Landskap dan Pertanian pula telah mengadakan pertandingan membuat bendera malaysia menggunakan bahan-bahan daripada pokok. Selain daripada itu, bidang ini turut membuat pertandingan mengail ikan yang mana turut diikuti oleh murid-murid pendidikan khas sekitar daerah Kuantan.





         Selain daripada itu, bagi bidang Cenderahati telah membuat pertandingan mewarna tshirt dan terbuka untuk semua murid-murid. Manakala bagi bidang akademik pula, pertandingan bercerita, menghafaz Al-Quran, Kuiz sejarah, menyanyikan lagu patriotik dan lain-lain lagi turut diadakan.

       Hadiah utama bagi sambutan bulan kemerdekaan ini ialah lawatan secara percuma ke Muzium Sungai Lembing.