Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 26 September 2016

CERAMAH AEDES, DENGGI DAN ZIKA

Pada 22 September 2016 (Khamis), telah berlangsungnya Ceramah Aedes, Denggi dan Zika di Dewan SMPKVK yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa 3K (Kesihatan) dan Jawatankuasa Aedes dan Denggi dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Azri bin Latif, Inspektor Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan. Ceramah ini diadakan bertujuan untuk menanam sikap menjaga kesihatan, keselamatan diri dan persekitaran daripada ancaman nyamuk aedes dalam kalangan guru dan murid







KONVENSYEN INOVATIF & KREATIF (KIK)



Tuesday 6 September 2016

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI 2016

Pada 02 dan 03 September 2016, seramai 35 orang murid telah mewakili Kontinjen Kuantan ke Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Pahang 2016 yang berlangsung di Kompleks Sultan Haji Ahmad Shah, UiTM Jengka. Kejohanan ini merupakan anjuran Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan telah dikelolakan sepenuhnya oleh Pejabat Pendidikan Daerah Maran. 

Dalam kejohanan ini, Kontinjen Kuantan telah berjaya membawa pulang 18 pingat emas, 17 pingat perak dan 13 pingat gangsa sekaligus merangkul Johan Keseluruhan Negeri Pahang. Lebih membanggakan lagi, dua orang murid SMPKVK telah berjaya menjadi Olahragawan dan Olahragawati Negeri Pahang iaitu Mohd Shahruddin bin Umar (Masalah Pembelajaran) dan Siti Nurul Huda (Masalah Pendengaran)

Semoga murid SMPKVK akan terus mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang. Tahniah!






Monday 5 September 2016

PESTA BUAH- BUAHAN TEMPATAN 2016

Pada 31 Ogos 2016 (Rabu), Pihak Pengurusan Asrama SMPK Vokasional Kuantan telah mengadakan Pesta Buah- Buahan Tempatan bersempena dengan Sambutan hari Kemerdekaan. Majlis yang berlangsung pada pukul 03.00 petang melibatkan semua murid dan wargha SMPKV Kuantan. Hadirin dihidangkan dengan buah- buahan tempatan seperti durian, manggis dan rambutan. Majlis sebegini diharapkan dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah. 





SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN BULAN KEMANUSIAAN

Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Bulan Kemanusiaan telah berlangsung selama sebulan bermula 08 Ogos 2016 sehingga 08 September 2016. Sambutan ini melibatkan 4 Panitia Akademik iaitu Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. 

Sepanjang berlangsungnya Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Bulan Kemanusiaan ini, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan. Antaranya adalah Pertandingan Nasyid, Kuiz Kemerdekaan, Solat Hajat dan Bacaan Yassin, Pertandingan Sudut Sejarah Kemerdekaan, Pertandingan Lagu Patriotik, Memasang Bendera, Pameran Bahan Patriotik, Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Mainan Dalaman, Tayang Filem dan Mewarna Poster Kemerdekaan

Program ini telah berjaya mendapat sambuatan yang baik daripada semua warga sekolah serta murid- murid SMPK Vokasional Kuantan. Diharapkan program ini dapat mendidik murid dan warga sekolah untuk menghayati kemerdekaan yang telah dicapai oleh negara di samping menghargai dan mensyukuri nikmat kemerdekaan yang sebenar







MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2016




#sehatisejiwa
#salamkemerdekaan

Sunday 4 September 2016

KARNIVAL SKM 2016

Pada 26 Ogos hingga 27 Ogos 2016 yang lepas telah berlangsungnya Karnival SKM Kali Ke-2 yang bertempat di Perkarangan Dewan Ibnu Al Awwam. Karnival SKM yang berlangsung selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Syafik Fauzan bin Haji Sharif dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Tuan haji Wan bin Wan Endut.

Karnival SKM merupakan suatu acara tahunan yang diadakan untuk menunjukkan kemahiran murid- murid tahun akhir khususnya di dalam bidang masing- masing kepada masyarakat luar. Karnival ini secara tidak langsung membuka peluang kepada Murid Bekeperluan Khas (MBK) untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti jual beli dengan pihak luar. Selain itu, program ini juga dapat menonjolkan kemahiran murid dan menerapkan nilai keusahawanan.

Selain gerai pameran dan aktiviti jual beli, terdapat aktiviti sampingan yang turut berlangsung sepanjang karnival ini. Antaranya adalah seperti Seminar Kerjaya, Pertandingan Memancing, Pertandingan Iron Chef, Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan, Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan, Nyayian Lagu Patriotik, Persembahan Fabriganza, Persembahan Band, Nasyid, Tarian dan Kompang Formasi. Majlis penutup telah disempurnakan oleh pengetua SMPKVK, Datin Hajah Norran binti Haji Ahmad.

*untuk melihat gambar lain, boleh layari facebook rasmi sekolah*

YB Dato' Haji Syafik Fauzan bin Haji Shariff menaiki traktor 4 roda semasa lawatan ke khemah PAT
Persembahan Fabriganza


Antara produk murid yang dijual

Persembahan Koir Kod Tangan



Thursday 1 September 2016

PANDUAN PERMOHONAN PENEMPATAN MBK KE TINGKATAN 4 2017

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara MALAYSIA
  2. Murid yang telah disahkan sebagai Murid Bekeperluan Khas (MBK)
  3. Pemohon berumur 16 atau 17 tahun pada tahun 2017
  4. Lulus minimum 2 Mata Pelajaran Teras dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun semasa/ Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Penilaian Tingkatan 3 (PT3)

KURSUS YANG DITAWARKAN

KURANG UPAYA PENDENGARAN - SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

KOD
KURSUS
C01
Pembuatan Pastri
C02
Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan





BERMASALAH PEMBELAJARAN - SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

KOD
KURSUS
C03
Pembuatan Roti
C04
Penyediaan dan Pembuatan Makanan
C05
Operasi Pengeluaran Batik
C06
Atendan Landskap
C07
Pekerja Am Tanaman
C08
Pekerja Ladang Poltri
C09
Pekerja Ladang Ruminan
C10
Operator Akuakultur

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SMK LONG GHAFAR, KELANTAN

Pada 29 Ogos 2016 (Isnin), SMPK Vokasional Kuantan telah menerima Lawatan Sambil Belajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Long Ghaffar, Kelantan. Seramai 59 orang merangkumi 35 orang murid, 10 orang guru, 4 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan 10 orang wakil ibu bapa telah dibawa untuk mengelilingi kawasan sekolah setelah selesai diberi taklimat oleh GPK Pentadbiran, Encik Ramli bin Ibrahim. Rombongan yang sampai pada jam 12.00 tengah hari ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Murid Bekeperluan Khas (MBK) mengenai kursus- kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ditawarkan di sini. 







SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH



#sehatisejiwa
#1malaysia

AWAS! VIRUS ZIKA