Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 30 October 2016

LAWATAN KE PROJEK AKHIR TAHUN PELAJAR DIPLOMA KPMIM

Pada 27 Oktober 2016, Panitia Operasi Pengeluaran Batik telah dipelawa untuk membuat lawatan ke Projek Akhir Tahun Pelajar Diploma Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota. Lawatan ini telah disertai oleh semua murid, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) serta guru bersama guru kaunseling sekolah, Puan Salina binti Ismail. Lawatan seperti ini sememangnya merupakan salah satu aktiviti yang dapat meningkatkan tahap komunikasi serta pergaulan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dengan masyarakat sekeliling. 


Tuesday 18 October 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUANTAN 2016

Pada 12 dan 13 Oktober 2016, seramai 18 orang murid telah mewakili sekolah ke Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Daerah Kuantan 2016. Kejohanan ini telah berlangsung di SMPK Vokasional Kuantan bagi acara padang dan di SK Tanah Putih Baru bagi acara balapan. Dalam kejohanan ini, atlet olahraga dari SMPKVK telah berjaya membawa pulang 10 pingat emas, 14 pingat perak dan 3 pingat gangsa sekaligus merangkul Johan Keseluruhan Kejohanan. 

Semoga murid SMPKVK akan terus mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.

Monday 17 October 2016

CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1438H

Pada 14 Oktober 2016 (Jumaat) yang lepas, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan ceramah sempena Sambutan Maal Hijrah 1438H Peringkat Sekolah di Dewan Ibnu Al Awwam. Ceramah ini yang bermula pada jam 08.00 pagi sehingga 10.00 telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafidz bin Mohamad Suhaile, Ketua Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan










Tuesday 11 October 2016

100M PARALIMPIK SUKAN NEGARA

Bagi memeriahkan lagi Hari Sukan Negara 2016 pada 08 Oktober 2016 (Sabtu), Sekolah Sukan Malaysia Pahang telah menjemput wakil dari SMPKVK ke acara 100M Paralimpik. Seramai 4 orang murid telah mewakili sekolah ke acara tersebut yang diiring oleh Cik Aznida bt Che Awang dan Cik Siti Fatimah bt Mahat

Acara yang berlangsung pada jam 09.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi ini juga telah disertai murid dari SMK Paya Besar, SMK Gudang Rasau, SMK Tanjung Lumpur, SMK Sg. Lembing, SMK Semambu dan SMK Sungai Isap Murni. Sebanyak 8 acara telah dipertandingkan. Berikut merupakan pingat yang telah diperoleh oleh murid SMPKVK:


Ahmad Solahuddin b Mohd Yusoff Tan - 12.90 s (Emas)
Muhammad Annas b Ramli - 13.08 s (Perak)
Nurul Syuhada bt Abu Bakar - 17.76 s (Perak)
Nur Umairah Maisarah bt Othman - 19.15 s (Keempat)

Friday 7 October 2016