Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 31 August 2016

Tuesday 30 August 2016

SAMBUTAN BULAN TEKNIK PERINGKAT SEKOLAH 2016

Pada 01 Ogos sehingga 29 Ogos 2016, Bidang Teknik SMPK Vokasional Kuantan telah menganjurkan Sambutan Bulan Teknik yang telah melibatkan 6 kursus seperti Operator Akuakultur, Operator Pengeluaran dan Pemprosesan Makanan, Attendan Landskap, Pekerja Ladang Ternakan Poltri, Pekerja Ladang Ruminan dan Pekerja Am Tanaman

Sepanjang Sambutan Bulan Teknik ini, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Jualan Produk, Kursus Penyembelihan Halal, Pertandingan Pembuatan Siar Kaki, Pertandingan Menghias Akuarium, Pertandingan Memancing, Kuiz dan Pertandingan Kelim Karipap.

Secara rumusannya, Sambutan Bulan Teknik ini telah berjaya mendapat sambutan yang baik daripada semua warga sekolah serta murid- murid. Diharapkan pada masa akan datang, program seumpama ini dapat diteruskan lagi kerana ianya mampu mendidik murid ke arah berkemahiran dan berkebolehan di dalam bidang yang diceburi


*untuk melihat gambar lain, sila layari facebook rasmi sekolah*








Monday 29 August 2016

AKTIVITI BULAN TEKNIK - KURSUS PENYEMBELIHAN HALAL

Sempena Bulan Teknik, Kursus Pekerja Ladang Ternakan Poltri (PLP) telah mengadakan Kursus Penyembelihan Halal pada 23 Ogos 2016 bertempat di Bilik Seminar Penternakan dan Bengkel Pemprosesan Ayam. Taklimat dan demostrasi yang telah disampaikan oleh Ustaz Mod Nor Ikhwan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid- murid tentang kaedah penyembelihan halal mengikut syariat selain untuk meningkatkan keyakinan murid untuk melakukan penyembelihan, Murid- murid bukan sahaja diberi pendedahan secara teori malah ditunjuk ajar secara sebenar proses penyembelihan ini. Selain itu, aktiviti ini juga telah memberi peluang kepada murid- murid untuk mempraktikkan ilmu yang diperolehi dengan melakukan sendiri amali penyembelihan. Diharapkan aktiviti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang kerana ianya memberikan terlalu banyak faedah kepada semua murid. 





Thursday 25 August 2016

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SKM SMPKVK 2016



Jangan lupa temu janji kita pada esok hari! 
Jam 08.00 am di Dewan Ibnu Al- Awwam.


#karnivalskmsmpkvk2016
#memperkasakankemahiranmembudayakankeusahawanan

Sunday 21 August 2016

AKTIVITI BULAN TEKNIK - PERTANDINGAN KELIM KARIPAP

Pada 16 Ogos 2016, Program Operator Pengeluaran dan Pemprosesan Makanan (OPPM) telah menganjurkan Pertandingan Kelim Karipap yang bertempat di Bengkel OPPM bersempena dengan Bulan Teknik. Pertandingan yang telah bermula pada jam 11.30 pagi itu disertai oleh 8 orang murid bersama 4 orang guru pembimbing yang mewakili 4 Panitia. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat serta kemahiran murid- murid daripada bidang yang berlainan. 









KARNIVAL SKM SMPKVK 2016





COUNTDOWN TO KARNIVAL SKM


Jom beramai- ramai meriahkan Karnival SKM SMPKVK 2016 untuk Kali Ke 2! Pelbagai acara dan jualan yang menarik menanti para pengunjung. Jangan lupaaaa!

#karnivalskmsmpkvk2016
#memperkasakankemahiranmembudayakankeusahawanan

PENGHASILAN NUGGET AYAM

Pada 17 Ogos 2016 (Rabu), Program Operasi Pengeluaran dan Pemprosesan Makanan (OPPM) telah menjalani kursus Penghasilan Nugget Ayam bersama pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Kursus yang melibatkan semua guru dan murid OPPM ini bermula pada jam 08.00 pagi dan berakhir pada jam 02.00 petang telah berjaya memberikan pendedahan kepada murid tentang teknik pembuatan nugget ayam secara komersial. Peserta kursus juga menunjukkan semangat yang jitu sepanjang kursus berlangsung. Kolaborasi seperti ini diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. 








AKTIVITI BULAN TEKNIK - PERTANDINGAN HIASAN AKUARIKUM

Sempena dengan Sambutan Bulan Teknik SMPK Vokasional Kuantan, Kursus Operator Akuakultur telah mengadakan Pertandingan Hiasan Akuarium pada 16 Ogos 2016. Pertandingan yang bermula pada jam 09.00 pagi telah disertai oleh 8 orang murid yang mewakili 4 panitia. Keputusan yang telah diadili oleh guru- guru Operator Akuakultur telah bersetuju untuk menerima Nur Umairah Maisarah bin Othman dan Fatin Suhaila bt Mazlan sebagai Johan untuk pertandingan ini, Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang kerana ianya mampu mencungkil bakat dan daya kreatif Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini. 






AKTIVITI BULAN TEKNIK - PERTANDINGAN MEMANCING

Bersempena dengan Bulan Teknik SMPK Vokasional Kuantan, satu Pertandingan Memancing yang dianjurkan oleh Program Operator Akuakultur telah diadakan pada 17 Ogos 2016 (Rabu). Pertandingan tersebut telah disertai oleh 20 orang murid daripada pelbagai bidang. Dalam pertandingan tersebut, Muhammad Shadini Akmal bin Muhammad Asri telah mendapat tempat pertama dengan berat tangkapan ikan keli seberat 0.61 kg, diikuti oleh Amin Subaha bin Rosdi dengan tangkapan ikan tilapia seberat 0.47 kg. Manakala, Mohd Zairul Amir bin Suarpi pula telah mendapat tempat ketiga dengan berat ikan keli 0.45 kg. Semoga dengan adanya pertandingan seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid di sekolah ini. 





Wednesday 17 August 2016

AKTIVITI BULAN TEKNIK - AKTIVITI JUALAN DAN PAMERAN

Sempena Bulan teknik, Panitia Pertanian dan Penternakan telah mengadakan aktiviti Jualan dan Pameran yang telah berlangsung pada 09 Ogos hingga 11 Ogos 2016. Aktiviti yang bertempat di Tapak Bengkel Pertanian adalah bertujuan untuk mengajar murid- murid dalam bidang keusahawanan di samping dapat menyakinkan diri untuk berkomunikasi semasa aktiviti diadakan. Selain itu, murid- murid dapat memupuk nila- nilai murni jujur dan amanah semasa mengendalikan aktivit jualan. Aktiviti ini telah berjalan dengan jayanya kerana mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua warga SMPKVK.




Sunday 14 August 2016

AKTIVITI BULAN TEKNIK - PERTANDINGAN PEMBUATAN SIAR KAKI

Pada 11 Ogos 2016 (Khamis), telah berlangsungnya Pertandingan Pembuatan Siar Kaki di Bengkel Landskap sempena Bulan Teknik. Pertandingan tersebut telah disertai oleh 8 orang murid yang terdiri daripada Panitia Hospitaliti Dan Operasi Pengeluaran Batik. Aktiviti ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat kreatif dalam kalangan murid. 







Saturday 13 August 2016

AKTIVITI BULAN TEKNIK - KURSUS PENGENDALIAN TRAKTOR 4 RODA

Pada 10 Ogos 2016 (Rabu), telah berlangsungnya Kursus Pengendalian Traktor 4 Roda yang dianjurkan oleh Program Pekerja Am Tanaman (PAT) sebagai memenuhi salah satu aktiviti sepanjang Bulan Teknik yang sedang berlangsung. Program yang mensasarkan murid- murid daripada bidang selain bidang pertanian di sekolah bertujuan sebagai pendedahan asas dan memberikan pengalaman baru kepada mereka yang belum pernah berpeluang memandu traktor. Mereka juga didedahkan dengan aspek keselamatan semasa mengendalikan traktor. Kesemua murid yang terlibat menunjukkan semangat ingin belajar dan program telah berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki. 





Tuesday 9 August 2016

LAWATAN TAPAK PROGRAM PENILAIAN OUTCOME

Pada 04 Ogos 2016 (Khamis), seramai 5 orang pegawai dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan lawatan tapak bagi Program Penilaian Outcome SMPK Vokasional Kuantan. Tujuan penilaian ini dibuat bagi menilai sejauh mana Projek Pembinaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan memberi kesan terhadap:



  • Enrolmen Murid Berkeperluan Khas (MBK) sekurang- sekurangnya 200 orang setahun di dalam Pendidikan Vokasional
  • Pencapaian Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Tahap Kepuasan Pelanggan






Sunday 7 August 2016

CERAMAH KERJAYA DARIPADA KOLEJ YAYASAN PAHANG ADVANCED SKILSS

Pada 02 Ogos 2016 (Selasa), Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Motivasi Kerjaya dalam Bidang Kemahiran dengan kerjasama Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills. Program yang berlangsung dari jam 10.30 pagi - 01.30 tengah hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan terhadap hala tuju dalam bidang kemahiran. Antara aktiviti yang turut diadakan demonstrasi ukiran buah (fruit curving). Diharapkan dengan adanya program ini, murid- murid dapat mengetahui dengan lebih tegas tentang peluang- peluang kerjaya dalam bidang kemahiran. Semoga murid- murid SMPKVK terus berjaya! 





Saturday 6 August 2016

PELANCARAN BULAN TEKNIK PERINGKAT SEKOLAH

Pada 01 Ogos 2016 (Isnin), telah berlangsungnya Pelancaran Bulan Teknik di Dewan Ibnu Al- Awwam. Majlis yang telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ramli bin Ibrahim ini akan berlangsung selama sebulan bermula 01 Ogos sehingga 27 Ogos 2016. Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan ini adalah Penyembelihan dan Pemprosesan Ayam, Pertandingan Hiasan Akuarium, Pertandingan Memancing, Pengendalian Traktor 4 Roda, Penghasilan Cincau, Pertandingan Pembuatan Siar Kaki dan Pertandingan Kuiz.

Pihak sekolah mengharapkan agar murid- murid dapat melibatkan diri dengan aktif sepanjang berlangsungnya Bulan Teknik ini.