Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 6 August 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Pada 30 Julai 2016 bersamaan dengan 25 Syawal, SMPKVK telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Ibnu Al- Awwam. Program anjuran Unit Pengurusan Asrama telah berjalan dengan lancar dan meriah. Program ini telah dihadiri oleh Encik Ropizalhazri bin Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Ser Panching yang juga merupakan mantan Ketua Unit Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Lebih meriah lagi, program ini turut dihadiri oleh sukarelawan dari Jepun iaitu Cik Yoishie Kato. Program yang bermula jam 12.00 tengah hari hingga 04.00 petang ini menekankan objektif untuk merapatkan ukhuwah dalam kalangan murid dan warga sekolah

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terbina sentiasa berterusan dan dirahmati Allah SWT.