Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 21 September 2015

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

         Majlis penutupan bulan kemerdekaan ini telah berlangsung pada 17hb September 2015 baru-baru ini. Dalam majlis ini telah diadakan persembahan murid yang telah memenangi semua pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan. Datin Hajah Norran binti Haji Ahmad telah merasmikan majlis penutupan bulan kemerdekaan ini.

 

  Hadiah utama dalam pertandingan bulan kemerdekaan ini akan mendapat lawatan secara percuma ke Muzium Sungai Lembing dan Terowong Bijih Timah. Semoga dengan aktiviti seumpama ini akan menambah semangat cinta akan negara kita. 

Tuesday 8 September 2015

PELBAGAI AKTIVITI SEPANJANG SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

       Sepanjang sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini, pelbagai aktiviti telah dirancangkan dan ada yang telah diadakan dan ada juga masih berlangsung. Antaranya daripada bidang hospitaliti telah mengadakan pertandingan membuat cupcake dan pertandingan memasak berasaskan pulut. Selain daripada itu, bidang hospitaliti turut membuat jualan bagi produk yang telah dihasilkan oleh murid-muridnya.

      Bagi bidang Landskap dan Pertanian pula telah mengadakan pertandingan membuat bendera malaysia menggunakan bahan-bahan daripada pokok. Selain daripada itu, bidang ini turut membuat pertandingan mengail ikan yang mana turut diikuti oleh murid-murid pendidikan khas sekitar daerah Kuantan.



LADAP KOMUNIKASI BERKESAN UNTUK STAF DAN GURU

        Ladap yang bertajuk Komunikasi Berkesan yang telah disampaikan oleh En. Hisbul Hadi bin Mat Hassan, pensyarah daripada Kolej Komuniti telah diadakan pada 5hb 9 2015 (Sabtu). Dalan ladap ini seramai 20 orang guru yang telah terlibat. 

      Tujuan ladap ini diadakan ialah untuk melatih staf dan guru untuk berkomunikasi secara berkesan semasa berurusan dengan pelanggan. Sesuai dengan guru yang perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan semasa mengajar murid dalam kelas.  


Tuesday 1 September 2015

LAWATAN PENANDA ARAS KE DELTA SENIOR SCHOOL, SINGAPORE

        Seramai 36 orang staf SMPKVK telah terpilih dalam lawatan penanda aras di Delta Senior School, Singapore pada 31 OGOS 2015 baru-baru ini. Tujuan penanda aras ini adalah untuk melihat sejauh mana pengurusan staf di Delta Senior School dan  juga bagaimana murid-murid mereka dilatih. Sekolah ini terpilih untuk dilawati kerana terdapat kursus yang ditawarkan ini hampir sama dengan SMPKV Kuantan. 

        Kami telah disambut dengan layanan yang baik oleh guru-guru di sini. Pengetua sekolah iaitu Mdm Haslina telah memberi penerangan tentang serba sedikit berkaitan sekolah ini. Kami turut melawat ke bengkel-bengkel, kelas dan juga bilik-bilik khas lain yang dipandu oleh guru yang ditugaskan. Akhir sekali selepas lawatan tersebut, sesi soal jawab oleh pihak pengurusan Delta Senior School telah diadakan.

       Hasil lawatan di sini telah memberi banyak idea bagi pihak sekolah dari segi pengurusan dan juga dalam membentuk satu standard untuk pengeluaran produk (murid terampil) yang dapat digunakan dalam dunia kerjaya pada masa akan datang.


Thursday 27 August 2015

PERTANDINGAN MICT di SMPKV SHAH ALAM

        Seramai 12 orang murid dan 2 orang guru telah mengikuti pertandingan MICT anjuran Bahagian Pendidikan Khas yang diadakan di SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang pada 24 Ogos hingga 26 Ogos 2015 baru-baru ini.

      Antara pertandingan yang telah dimenangi oleh peserta dari SMPKVK ialah antaranya Mohamad Azrul Anuar bin Mohamad Moed (Keperluan Khas Pendengaran) mendapat tempat pertama dan Norazizah bt Othman (Keperluan Khas Pendengaran) dalam pertandingan eTool Challenge. Selain itu, Nurhalizah bt Hamzah (Masalah Pembelajaran) telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan eLifeMap Challenge.

      Selain daripada itu bagi kategori guru pula, Cikgu Tang Lai Shin telah mendapat
 saguhati bagi kategori Learning Content Challenge.




Monday 24 August 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-3

         Kejohanan balapan dan padang kali ke-3 telah diadakan pada 22hb Ogos 2015 di Padang SMPK Vokasional Kuantan, Pahang. Perasmi pada hari tersebut ialah Tn. Hj Mohd Raauf Bin Hj Jali, AAP, AMP (KETUA SEKTOR PEMBANGUNAN MANUSIA) dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. 

         Selain daripada acara balapan dan padang, terdapat juga acara sukaneka untuk pegawai dan pertandingan hiasan rumah sukan. Rumah ixora menyandang  sebagai Johan pada tahun ini dengan mencapai markah yang tertinggi diikuti rumah Dracena mendapat tempat Naib Johan, manakala tempat ke- 3 disandang oleh rumah Alamanda dan tempat terakhir rumah Aster.




Monday 17 August 2015

PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN

          Perasmian bulan kemerdekaan peringkat sekolah pada tahun ini diadakan dengan meriah sekali kerana melibatkan pelbagai acara antaranya persembahan pentomin murid, dikir barat dan nyanyian murid. Tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini ialah Sehati Sejiwa. Sehati sejiwa ini digunakan sempena keakraban hubungan rakyat di Semenanjung dengan Borneo. 

          Selain daripada perasmian ini, pelbagai acara akan diadakan seperti aktiviti daripada setiap panitia dan lain-lain lagi. Semoga dengan sambutan kemerdekaan ini, murid-murid dapat menghayati kepentingan keamanan serta hubungan  yang baik antara kaum dalam sesebuah negara. 


Saturday 8 August 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

            Majlis sambutan hari raya ini telah diadakan pada hari Sabtu (8/8/2015) di kawasan bengkel batik SMPK Vokasional Kuantan. Semua warga sekolah dijemput untuk menjamu makanan yang telah disediakan secara gotong royong oleh semua warga sekolah dan tukang masak yang berpengalaman. Semua bahan makanan dalam majlis ini telah disumbangkan oleh salah seorang kakitangan sekolah sempena majlis tahlil salah seorang ahli keluarganya.

       Objektif majlis ini ialah membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, dapat menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh semua kaum. Akhir sekali dapat mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.

Wednesday 5 August 2015

SMPKVK TELAH MENYERTAI SOBEK WAU DAN MEWARNA BATIK ANJURAN PPD DI SMK SERI DAMAI

              SMPKVK telah menyertai pertandingan sobek wau dan  mewarna batik dalam Karnival Kesenian dan Kebudayaan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan yang berlangsung di SMK Seri Damai pada 3hb Ogos 2015. SMPKVK telah merangkul tempat ke 3 (kategori Lelaki) dan pertama (Kategori Perempuan) dalam mewarna batik, Sobek Wau ke 2 (Kategori Perempuan) dan pertama (Kategori Perempuan), Nyanyian tempat pertama (Kategori Lelaki) dan tempat ke-2 (Kategori Perempuan), Tarian ke- 2 (BD) dan tempat pertama (LD).



Tuesday 4 August 2015

SMPKVK JOHAN DALAM SUKAN BOLA JARING, FUTSAL DAN PETANQUE DALAM PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH DI KUALA LIPIS

        Murid SMPKVK telah  mendapat keputusan johan dalam pertandingan bola jaring, futsal dan petanque peringkat daerah di SM Seri Lipis pada hujung minggu yang lepas. Tahniah kepada murid-murid berkenaan dan juga pada guru yang bertungkus lumus ke arah kejayaan ini. Semoga SMPKVK akan lebih cemerlang pada masa akan datang. 


Friday 10 July 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR JAMA`I

         Majlis khatam Al-Quran dan Iftar Jama'i ini telah diadakan pada 8 Julai 2014 (Rabu) di Dewan Ibnu Al-Awwam. Tentatif program ini bermula pada jam 5.15 petang sehingga 9.30 malam. Antara agenda yang diadakan ialah Majlis Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan, tazkirah, berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak, solat Tarawikh dan moreh.
       
Antara murid yang terlibat dalam bacaan Al-Quran atas pentas untuk khatam AlQuran
Penyerahan sumbangan oleh E. Ropizal wakil JPN

   Objektif majlis ini ialah menyedarkan warga SMPKVK tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Selain daripada itu, ianya turut memberi peluang warga sekolah menambahkan amal jariah. Majlis ini menarik minat warga sekolah membaca dan mengkhatamkan Al-Quran dan akhirnya menjalinkan ukhwah dan merapatkan hubungan silaturahim antara warga SMPKVK.


Tuesday 16 June 2015

PROGRAM IHYA RAMADAN

           Program Ihya Ramadan ini berlangsung bermula 16 Jun 2015 hingga 16 Julai 2015. Pihak penganjur iaitu Unit Bina Insan dengan hasil kerjasama Panitia Pendidikan Islam serta Asrama SMPKV Kuantan telah menyediakan pelbagai aktiviti antaranya ialah Nur Pagi, Tadarus Al-Quran, Risalah Ramadan, Hulurkan Tangan Ringankan Beban, Solat Tarawikh, Kuis Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadan. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Tn. Hj. Yazit bin Kechik.

Tn Hj. Yazit bin Kechik sedang memberi ucapan perasmian
Perasmi sedang menandatangani sijil hari perasmian

Sunday 31 May 2015

SAMBUTAN HARI KOPERASI,HARI KANTIN DAN HARI TERBUKA ASRAMA

            Sambutan Hari Koperasi, Hari Kantin dan Hari Terbuka Asrama telah diadakan pada 28 Mei hingga 29 Mei 2015 di kawasan sekitar SMPK Vokasional Kuantan. Wakil dari JPN En Roshafizal dan wakil dari Angkasa Pn. Rohani Fatima telah hadir pada hari perasmian   sambutan tersebut. Manakala pada perasmian hari terbuka asrama pula diwakili oleh YDP PIBG sekolah iaitu Tuan Lokman bin Rahman.

Pelbagai jualan setiap wakil panitia
Simbolik perasmian Hari Koperasi dan Hari Kantin

Tuesday 19 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015

            Sambutan hari guru tahun 2015 disambut di peringkat sekolah pada 18 Mei 2015. Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah Guru: Membina Ilmu dan Menyempurnakan Akhlak. 

Pada tahun ini, sambutan guru dimulakan dengan bacaan yasin dan perarakan guru-guru ke dewan yang diiringi paluan kompang dari Persatuan Kompang yang dilatih oleh Ketua Penasihat Encik Hamidi dan guru penasihat yang lain.


Tuesday 24 March 2015

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA SMPKV KUANTAN

Tahniah kepada semua murid yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia masing-masing dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan / Penyampaian Sijil Kemahiran Malaysia di SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang pada 22 Mac 2015 baru-baru ini.

Monday 23 March 2015

MAJLIS KECEMERLANGAN/ PENYAMPAIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Mac 2015 (Ahad) pada jam 8.30 pagi sehingga 1.00 petang di Dewan Ibnu Al-Awwam, SMPK Vokasional Kuantan.  Cik Rusnani bin Mohd Sirin selaku Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas telah merasmikan majlis ini dan menyerahkan semua sijil anugerah cemerlang dan sijil SKM kepada pelajar kumpulan pertama yang berjayamenghabiskan pengajian mereka pada tahun lepas. 

Timbalan Pengarah Pendidikan Khas sedang menyerahkan Sijil Kemahiran Malaysia kepada pelajar terbaik iaitu Muhammad Hafizh bin Abdullah

Tuesday 3 March 2015

PELANCARAN MINGGU PSS DAN MINGGU BAHASA

Pelancaran Minggu PSS dan Bahasa telah disempurnakan oleh Pn. Hjh Norran bt. Hj Ahmad selaku Pengetua SMPK Vokasional Kuantan. Banyak aktiviti yang akan diadakan pada Minggu PSS dan Bahasa antaranya explorace, pertandingan mewarna, kuiz, mendeklamasikan sajak, teka silang kata dan lain-lain lagi.

Pengetua merasmikan Minggu PSS dan Bahasa

Sunday 25 January 2015

LADAP FROG VLE UNTUK GURU

        Ladap Frog VLE ini telah diadakan kepada semua guru dengan dipecahkan kepada dua kumpulan pada 17 Januari dan 25 Januari 2015. Dalam ladap ini, guru-guru diperkenalkan bagaimana untuk mendaftar masuk ke dalam Frog VLE, edit dashboard, peranan Frog Drive dan Quick Launch yang dikendalikan oleh Pn Norhaizan bt Abd Kadir dan En. Mohd Aizat bin Hassan selaku fasilitator. 

       Selain daripada itu, semua guru turut didedahkan bagaimana membuat soalan kuiz, menghantar tugasan kepada murid dan juga menanda serta memberi markah kepada tugasan yang telah dihantar oleh murid mereka. Diharap dengan ladap yang telah diadakan ini, semua guru dapat mengaplikasikan ke dalam PdP mereka dalam kelas.


Semua guru leka meneroka Frog VLE

Saturday 24 January 2015

SELAMAT DATANG KEPADA GURU BAHARU!

Alhamdulillah. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan telah menerima 5 orang guru baharu pada 19 Januari 2015 yang lepas. Mereka adalah Mohd Zulkarnain bin Zakaria, Khairun Sofea binti Shahrulzaman, Muhammad Yusri bin Haidzir, Ismail bin Ibrahim dan Mohd Nasaruddin bin Mustafa. 

MAJLIS JASAMU DIKENANG DAN ANUGERAH KUALITI 2014 SMPKVK

Pada 22 Januari 2015 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Jasamu Dikenang dan Anugerah Kualiti 2014 SMPK Vokasional Kuantan di Dewan Ibnu Al-Awwam dan di New Horizon Kuantan. 

Encik Sazali bin Mohd Karli sedang memberi ucapan dan pesanan

MINGGU ORIENTASI PELAJAR BAHARU 2015

Setelah terlafaznya ikrar pada 19 Januari 2015, maka berakhirlah minggu orientasi yang telah melibatkan seramai 47 orang pelajar baharu yang telah mendaftar di SMPK Vokasional Kuantan pada 12 Januari 2015 yang lepas.

Semasa pendaftaran pelajar
Sesi ikrar yang diketuai oleh Mohd Azammudin