Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 24 January 2015

MINGGU ORIENTASI PELAJAR BAHARU 2015

Setelah terlafaznya ikrar pada 19 Januari 2015, maka berakhirlah minggu orientasi yang telah melibatkan seramai 47 orang pelajar baharu yang telah mendaftar di SMPK Vokasional Kuantan pada 12 Januari 2015 yang lepas.

Semasa pendaftaran pelajar
Sesi ikrar yang diketuai oleh Mohd Azammudin

Antara pengisian aktiviti sepanjang minggu orientasi adalah seperti taklimat program, pembentukan kumpulan LDK, program mesra asrama serta aktiviti sukaneka pada waktu petang. 

Sesi taklimat program Operator Akuakultur (OA)
Latihan nyanyian lagu sekolah "Mahir Berbakti"
Tujuan minggu orientasi ini diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada persekitaran baharu yang mungkin berbeza daripada sekolah terdahulu. Sepanjang minggu orientasi ini juga, para pelajar telah diberi pendedahan awal untuk setiap program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ditawarkan disini. Hal ini adalah kerana untuk mengelakkan para pelajar tersalah memilih program sepanjang sesi pembelajaran di sekolah ini. 

Pelajar khusyuk mendengar taklimat untuk program Pekerja Am Tanaman
Semasa aktiviti LDK
Semoga dengan kehadiran pelajar baharu ini, SMPK Vokasional Kuantan akan menjadi sebuah sekolah yang maju dalam semua aspek. InsyaAllah.

Gambar lain? Klik disini.