Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 24 January 2015

MAJLIS JASAMU DIKENANG DAN ANUGERAH KUALITI 2014 SMPKVK

Pada 22 Januari 2015 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Jasamu Dikenang dan Anugerah Kualiti 2014 SMPK Vokasional Kuantan di Dewan Ibnu Al-Awwam dan di New Horizon Kuantan. 

Encik Sazali bin Mohd Karli sedang memberi ucapan dan pesanan

Tujuan majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk meraikan penukaran dua orang guru di sekolah ini iaitu Encik Sazali bin Mohd Karli yang telah bertukar ke SMPK Vokasional Shah Alam dan Cik Yhogeetha A/P Thavamani yang telah bertukar ke SMPK Setapak.

Encik Sazali bersama Cik Haraza binti Malek, GPK Kokurikulum
Sesi bersalaman pelajar dengan Encik Sazali
Persembahan sajak oleh pelajar Tahun 3
Kedua- dua orang guru ini telah banyak menabur bakti kepada sekolah ini. Encik Sazali yang terdahulunya merupakan seorang GPK Pentadbiran yang begitu komited melakukan tugas dan tanggungjawabnya sehingga SMPK Vokasional Kuantan telah ditauliahkan sebagai pusat pentauliahan dengan kod K05092. Manakala, Cik Yhogeetha pula merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang mula- mula berada di sekolah ini sewaktu sekolah ini dibuka. Walaubagaimana pun, Cik Yhogeetha tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tertentu. 

Pada hari yang sama juga telah diadakan Anugerah Kualiti 2014. Sebanyak 11 anugerah telah diberikan kepada sembilan orang guru dan dua orang staf. 



Antara yang menerima anugerah
Semoga kedua- dua orang bekas guru SMPKV Kuantan ini sentiasa berjaya walau dimana pun berada. 

Gambar lain? Klik disini.