Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 27 August 2015

PERTANDINGAN MICT di SMPKV SHAH ALAM

        Seramai 12 orang murid dan 2 orang guru telah mengikuti pertandingan MICT anjuran Bahagian Pendidikan Khas yang diadakan di SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang pada 24 Ogos hingga 26 Ogos 2015 baru-baru ini.

      Antara pertandingan yang telah dimenangi oleh peserta dari SMPKVK ialah antaranya Mohamad Azrul Anuar bin Mohamad Moed (Keperluan Khas Pendengaran) mendapat tempat pertama dan Norazizah bt Othman (Keperluan Khas Pendengaran) dalam pertandingan eTool Challenge. Selain itu, Nurhalizah bt Hamzah (Masalah Pembelajaran) telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan eLifeMap Challenge.

      Selain daripada itu bagi kategori guru pula, Cikgu Tang Lai Shin telah mendapat
 saguhati bagi kategori Learning Content Challenge.




Monday 24 August 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-3

         Kejohanan balapan dan padang kali ke-3 telah diadakan pada 22hb Ogos 2015 di Padang SMPK Vokasional Kuantan, Pahang. Perasmi pada hari tersebut ialah Tn. Hj Mohd Raauf Bin Hj Jali, AAP, AMP (KETUA SEKTOR PEMBANGUNAN MANUSIA) dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. 

         Selain daripada acara balapan dan padang, terdapat juga acara sukaneka untuk pegawai dan pertandingan hiasan rumah sukan. Rumah ixora menyandang  sebagai Johan pada tahun ini dengan mencapai markah yang tertinggi diikuti rumah Dracena mendapat tempat Naib Johan, manakala tempat ke- 3 disandang oleh rumah Alamanda dan tempat terakhir rumah Aster.




Monday 17 August 2015

PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN

          Perasmian bulan kemerdekaan peringkat sekolah pada tahun ini diadakan dengan meriah sekali kerana melibatkan pelbagai acara antaranya persembahan pentomin murid, dikir barat dan nyanyian murid. Tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini ialah Sehati Sejiwa. Sehati sejiwa ini digunakan sempena keakraban hubungan rakyat di Semenanjung dengan Borneo. 

          Selain daripada perasmian ini, pelbagai acara akan diadakan seperti aktiviti daripada setiap panitia dan lain-lain lagi. Semoga dengan sambutan kemerdekaan ini, murid-murid dapat menghayati kepentingan keamanan serta hubungan  yang baik antara kaum dalam sesebuah negara. 


Saturday 8 August 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

            Majlis sambutan hari raya ini telah diadakan pada hari Sabtu (8/8/2015) di kawasan bengkel batik SMPK Vokasional Kuantan. Semua warga sekolah dijemput untuk menjamu makanan yang telah disediakan secara gotong royong oleh semua warga sekolah dan tukang masak yang berpengalaman. Semua bahan makanan dalam majlis ini telah disumbangkan oleh salah seorang kakitangan sekolah sempena majlis tahlil salah seorang ahli keluarganya.

       Objektif majlis ini ialah membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, dapat menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh semua kaum. Akhir sekali dapat mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.

Wednesday 5 August 2015

SMPKVK TELAH MENYERTAI SOBEK WAU DAN MEWARNA BATIK ANJURAN PPD DI SMK SERI DAMAI

              SMPKVK telah menyertai pertandingan sobek wau dan  mewarna batik dalam Karnival Kesenian dan Kebudayaan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan yang berlangsung di SMK Seri Damai pada 3hb Ogos 2015. SMPKVK telah merangkul tempat ke 3 (kategori Lelaki) dan pertama (Kategori Perempuan) dalam mewarna batik, Sobek Wau ke 2 (Kategori Perempuan) dan pertama (Kategori Perempuan), Nyanyian tempat pertama (Kategori Lelaki) dan tempat ke-2 (Kategori Perempuan), Tarian ke- 2 (BD) dan tempat pertama (LD).



Tuesday 4 August 2015

SMPKVK JOHAN DALAM SUKAN BOLA JARING, FUTSAL DAN PETANQUE DALAM PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH DI KUALA LIPIS

        Murid SMPKVK telah  mendapat keputusan johan dalam pertandingan bola jaring, futsal dan petanque peringkat daerah di SM Seri Lipis pada hujung minggu yang lepas. Tahniah kepada murid-murid berkenaan dan juga pada guru yang bertungkus lumus ke arah kejayaan ini. Semoga SMPKVK akan lebih cemerlang pada masa akan datang.