Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 30 July 2016

AKTIVITI BULAN VOKASIONAL - PEMBUATAN PASTRI

Sempena Bulan Vokasional, Kursus Pembuatan Pastri telah mengadakan beberapa aktiviti yang telah berlangsung pada 26 Julai hingga 29 Julai 2016. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Kuiz Pastri, Demonstrasi Membuat Krim Puff, Pertandingan Hiasan Kek Cawan dan Aktiviti Membuat dan Menjual Produk Pastri (kek coklat kukus, aiskrim oreo, karipap sardin, kek marble, kek chiffon vanilla dan kekacang coklat). 

Aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan diharapkan aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. 

  




CERAMAH MOTIVASI

Pada 29 Julai 2016, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fadhullah Hilmi bin Mohd Fazilah daripada Kelab Remaja Ikatan Muslimah Malaysia. Matlamat ceramah motivasi ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid. Program ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Diharap dengan adanya program ini, murid- murid dapat menggunakan segala nasihat yang disampaikan untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Semoga SMPKVK terus cemerlang, gemilang dan terbilang!







Sunday 24 July 2016

AKTIVITI BULAN VOKASIONAL - PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN

Sempena sambutan Bulan Vokasional, Program penyediaan dan Pembuatan Makanan (PPM) telah menganjurkan dua aktiviti utama iaitu Pertandingan Variarasa Masakan dan Jualan Makanan Tradisional. Aktiviti ini telah belangsung pada 18 Julai hingga 22 Julai  2016. 

Sepanjang berlangsungnya aktiviti ini, beberapa objektif telah tercapai. Antaranya adalah untuk memberikan pendekatan dan memantapkan penguasaan murid dalam Bidang Vokasional terutama bidang masakan. Selain itu, aktiviti yang telah dianjurkan oleh PPM ini telah berjaya memupuk minat murid dalam bidang keusahawanan melalui aktiviti jualan. 

Tahniah dan ucapan terima kasih diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang ini. 














Friday 22 July 2016

KARNIVAL KOKURIKULUM SEKOLAH- SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 18 Julai hingga 20 Julai 2016, SMPKVK telah menghantar 20 orang murid diiringi oleh 6 orang guru pengiring ke Karnival Kokurikulum Sekolah- Sekolah Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan bertempat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Terdapat 4 pertandingan yang telah disertai oleh murid SMPKVK.

Antaranya adalah Bola Sepak (Masalah Pendengaran), Bola Jaring (Masalah Pendengaran), Koir Kod Tangan (Masalah Pendengaran) dan Mewarna Batik (Masalah Pembelajaran). Antara kejayaan yang telah berjaya dirangkul oleh murid SMPKVK adalah Johan bagi Pertandingan Mewarna Batik bagi Kategori Perempuan (Masalah Pembelajaran) dan Lelaki (Masalah Pembelajaran). Selain itu, Pasukan Bola Sepak (Masalah Pendengaran) juga telah berjaya mendapat Tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut. 

Tahniah dan syabas buat semua pihak khususnya kepada peserta dan guru- guru yang telah berusaha mengembleng tenaga bagi mengharumkan nama sekolah. 


Johan Mewarna Batik Kategori Masalah Pembelajaran









Monday 18 July 2016

AKTIVITI BULAN VOKASIONAL - PEMBUATAN ROTI

Sempena Sambutan Bulan Vokasional, Program Pembuatan Roti daripada Panitia Hospitaliti telah menganjurkan tiga aktiviti yang telah berjaya mengeratkan hubungan antara para guru, staf dan murid- murid khususnya. Aktiviti ini telah berlangsung pada 13 Julai sehingga 15 Julai 2016. Antara aktiviti yang telah dianjurkan adalah Menyediakan Doh dan Inti Manis, Jualan Produk Bakeri serta Pertandingan Muffin Idaman. Tahniah diucapkan kepada semua guru, staf dan murid- murid yang telah bekerjasama dalam menjayakan aktiviti Bulan Vokasional.
 


Menyediakan Doh dan Inti Manis
 

Jualan Produk Bakeri
 


 
Pertandingan Muffin Idaman

Tuesday 12 July 2016

PELANCARAN BULAN VOKASIONAL



Pada 11 Julai 2016, telah berlangsungnya Pelancaran Bulan Vokasional Peringkat Sekolah 2016. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah, Datin Haja Norran bt Haji Ahmad sebaik sahaja selesai memberikan ucapan. Program yang berlangsung selama sebulan akan mengadakan pelbagai aktiviti serta pertandingan mengikut panitia. Antaranya adalah seperti Menyedia Doh dan Inti Manis, Penyediaan Cream Puff, Jualan Masakan Tradisional dan Tie-Dye Will Never Die. Pihak sekolah mengharapkan murid dapat melibatkan diri secara aktif sepanjang berlangsungnya program ini. Sekian. 








Monday 4 July 2016

MAJLIS PERPISAHAN

Tanggal 17 Jun 2016, tiga orang guru sekolah ini telah dapat berpindah ke sekolah baharu. Mereka ialah Puan Siti Khadijah yang telah dapat berpindah ke Johor Bharu, Puan Norsaliza yang telah dapat berpindah ke Kuala Lipis dan Puan Nurul Shahida yang dapat berpindah ke Keratong (masih lagi cuti bersalin ketika majlis ini). Semoga ukhwah terus terjalin. Terima kasih kerana sudi menabur jasa, ilmu dan budi ke sekolah ini. Warga sekolah akan terus merindui kalian!
 
 

 
 
 

Sunday 3 July 2016