Sempena sambutan Bulan Vokasional, Program penyediaan dan Pembuatan Makanan (PPM) telah menganjurkan dua aktiviti utama iaitu Pertandingan Variarasa Masakan dan Jualan Makanan Tradisional. Aktiviti ini telah belangsung pada 18 Julai hingga 22 Julai 2016.
Sepanjang berlangsungnya aktiviti ini, beberapa objektif telah tercapai. Antaranya adalah untuk memberikan pendekatan dan memantapkan penguasaan murid dalam Bidang Vokasional terutama bidang masakan. Selain itu, aktiviti yang telah dianjurkan oleh PPM ini telah berjaya memupuk minat murid dalam bidang keusahawanan melalui aktiviti jualan.