Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 3 August 2016

KURSUS PENGHASILAN MAKANAN SEJUK BEKU DI HAKIMAH BAKERY

Pada 02 Ogos 2016 (Selasa) yang lepas, Program Operator Pengeluaran dan Pemprosesan Makanan (OPPM) daripada Panitia Pertanian telah mengikuti Kursus Penghasilan Makanan Sejuk Beku yang bertempat di Hakimah Bakery, Bukit Sekilau, Kuantan. 

Kursus Penghasilan Makanan Sejuk beku (samosa dan karipap) telah melibatkan 3 orang guru dan 13 orang murid Tahun 1 dan Tahun 2 (Masalah Pendengaran) bermula pada jam 08.00 pagi dan berakhir pada jam 04.30 petang. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang realiti persekitaran pekerjaan yang sebenar kelak. 

Melalui kursus ini, para guru dan murid diberi pendedahan tentang teknik pembuatan makanan sejuk beku, teknik penggorengan atau half cooked, teknik pembungkusan dan teknik penyimpanan yang betul

Melalui kursus ini, pihak sekolah berharap agar semua murid dapat memperoleh kemahiran yang berguna dan dapat mengaplikasinya di dalam kelas. Syabas diucapkan!