Pada 17 Ogos 2016 (Rabu), Program Operasi Pengeluaran dan Pemprosesan Makanan (OPPM) telah menjalani kursus Penghasilan Nugget Ayam bersama pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Kursus yang melibatkan semua guru dan murid OPPM ini bermula pada jam 08.00 pagi dan berakhir pada jam 02.00 petang telah berjaya memberikan pendedahan kepada murid tentang teknik pembuatan nugget ayam secara komersial. Peserta kursus juga menunjukkan semangat yang jitu sepanjang kursus berlangsung. Kolaborasi seperti ini diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.