Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 4 September 2016

KARNIVAL SKM 2016

Pada 26 Ogos hingga 27 Ogos 2016 yang lepas telah berlangsungnya Karnival SKM Kali Ke-2 yang bertempat di Perkarangan Dewan Ibnu Al Awwam. Karnival SKM yang berlangsung selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Syafik Fauzan bin Haji Sharif dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Tuan haji Wan bin Wan Endut.

Karnival SKM merupakan suatu acara tahunan yang diadakan untuk menunjukkan kemahiran murid- murid tahun akhir khususnya di dalam bidang masing- masing kepada masyarakat luar. Karnival ini secara tidak langsung membuka peluang kepada Murid Bekeperluan Khas (MBK) untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti jual beli dengan pihak luar. Selain itu, program ini juga dapat menonjolkan kemahiran murid dan menerapkan nilai keusahawanan.

Selain gerai pameran dan aktiviti jual beli, terdapat aktiviti sampingan yang turut berlangsung sepanjang karnival ini. Antaranya adalah seperti Seminar Kerjaya, Pertandingan Memancing, Pertandingan Iron Chef, Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan, Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan, Nyayian Lagu Patriotik, Persembahan Fabriganza, Persembahan Band, Nasyid, Tarian dan Kompang Formasi. Majlis penutup telah disempurnakan oleh pengetua SMPKVK, Datin Hajah Norran binti Haji Ahmad.

*untuk melihat gambar lain, boleh layari facebook rasmi sekolah*

YB Dato' Haji Syafik Fauzan bin Haji Shariff menaiki traktor 4 roda semasa lawatan ke khemah PAT
Persembahan Fabriganza


Antara produk murid yang dijual

Persembahan Koir Kod Tangan