Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 5 September 2016

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN BULAN KEMANUSIAAN

Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Bulan Kemanusiaan telah berlangsung selama sebulan bermula 08 Ogos 2016 sehingga 08 September 2016. Sambutan ini melibatkan 4 Panitia Akademik iaitu Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. 

Sepanjang berlangsungnya Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Bulan Kemanusiaan ini, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan. Antaranya adalah Pertandingan Nasyid, Kuiz Kemerdekaan, Solat Hajat dan Bacaan Yassin, Pertandingan Sudut Sejarah Kemerdekaan, Pertandingan Lagu Patriotik, Memasang Bendera, Pameran Bahan Patriotik, Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Mainan Dalaman, Tayang Filem dan Mewarna Poster Kemerdekaan

Program ini telah berjaya mendapat sambuatan yang baik daripada semua warga sekolah serta murid- murid SMPK Vokasional Kuantan. Diharapkan program ini dapat mendidik murid dan warga sekolah untuk menghayati kemerdekaan yang telah dicapai oleh negara di samping menghargai dan mensyukuri nikmat kemerdekaan yang sebenar