Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 6 September 2016

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI 2016

Pada 02 dan 03 September 2016, seramai 35 orang murid telah mewakili Kontinjen Kuantan ke Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Pahang 2016 yang berlangsung di Kompleks Sultan Haji Ahmad Shah, UiTM Jengka. Kejohanan ini merupakan anjuran Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan telah dikelolakan sepenuhnya oleh Pejabat Pendidikan Daerah Maran. 

Dalam kejohanan ini, Kontinjen Kuantan telah berjaya membawa pulang 18 pingat emas, 17 pingat perak dan 13 pingat gangsa sekaligus merangkul Johan Keseluruhan Negeri Pahang. Lebih membanggakan lagi, dua orang murid SMPKVK telah berjaya menjadi Olahragawan dan Olahragawati Negeri Pahang iaitu Mohd Shahruddin bin Umar (Masalah Pembelajaran) dan Siti Nurul Huda (Masalah Pendengaran)

Semoga murid SMPKVK akan terus mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang. Tahniah!