Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 7 November 2014

LATIHAN PUSAT KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2014

Tahniah diucapkan kepada dua orang murid dari SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan yang telah dipilih oleh juri untuk menyertai kontijen Kuantan ke Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan Etnik Kreatif.

Murid SMPKV Kuantan (berbaju oren) sedang menjalani sesi latihan bersama SMK Beserah



Latihan pusat yang telah diadakan di SMK Beserah selama empat hari bermula 03 November 2014 sehingga 06 November 2014 telah berjaya menggilap lagi bakat mereka dalam bidang tarian. Kedua- dua orang murid ini iaitu Amirul Izwan dari 2 PR dan Mohamad Shafitri dari 2 JBL telah menjalani sesi latihan yang dikendalikan oleh jurutari yang ditempah khas oleh SMK Beserah. 


Sesi taklimat daripada jurutari


Murid SMPKV Kuantan (berbaju merah) sedang berusaha mengikut gerak tari yang diajar

Mereka akan berpadu tenaga bersama Pendidikan Khas Integrasi dari SMK Beserah untuk bertanding di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 08 November 2014 (Sabtu) ini. Semoga mereka dapat mengharumkan nama SMPKV Kuantan sehingga ke peringkat kebangsaan.