Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 7 November 2014

BENGKEL PEMBANGUNAN PORTFOLIO MURID DAN BENGKEL PEMBANGUNAN AKADEMIK

Seramai 189 orang murid SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan telah menyertai Bengkel Pembangunan Portfolio Murid selama dua hari berturut- turut iaitu pada 04 November 2014 sehingga 05 November 2014. Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu murid menyiapakan portfolio SKM masing- masing khususnya untuk murid Tahun 3 yang bakal menamatkan sesi pengajiannya pada tahun ini. 

Guru SKM sedang membantu murid untuk menyiapakan portfolio SKM


Seramai 37 orang murid daripada pelbagai bidang kemahiran akan menamatkan sesi pengajiannya pada tahun ini. Oleh itu, semua Guru SKM sentiasa bertungkus lumus memastikan supaya semua murid ini layak lulus dengan cemerlang. Untuk murid yang lain pula juga mendapat manfaatnya kerana mereka tidak perlulah bersusah payah pada tahun depan untuk melengkapkan portfolio masing- masing. 


Murid sedang mengemaskini portfolio

Antara murid Tahun 1 yang terlibat untuk menyiapakan portfolio


Murid Tahun 1 yang dibantu

Pada masa yang sama juga, semua guru akademik telah berbengkel bagi merangka sukatan pelajaran pada tahun hadapan. Mereka telah dibantu oleh seorang penceramah yang dijemput khas dari Jabatan Pembangunan Kemahiran.


Guru akademik yang sedang berbengkel