Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 7 November 2014

MESYUARAT AGUNG KOPERASI KALI PERTAMA SMPKVK

Pada 07 November 2014 telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Koperasi Kali Pertama di Dewan Ibnu Al-Awwam. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Norran binti Haji Ahmad telah dimulakan dengan agenda minit mesyuarat yang lepas. 

Antara barisan kepimpinan koperasi sekolah sesi 2013/2014

Semua murid telah terlibat secara aktif bagi menjayakan mesyuarat ini. Pelbagai idea telah diajukan kepada Pengerusi Majlis dalam memastikan koperasi SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan terus maju pada masa hadapan. 

Selain itu, mesyuarat ini juga turut membubarkan organisasi koperasi 2013/2014 dan seterusnya melantik organisasi terbaru. Terdapat beberapa orang guru baharu juga turut terlibat dalam menguatkan lagi organisasi yang baru diwujudkan ini. 


Salah seorang guru sedang mencadangkan nama calon untuk organisasi koperasi yang baru

Barisan guru yang sedang menyokong setiap calon organisasi terbaru

Murid- murid yang sentiasa memberi kerjasama sepanjang pemilihan organisasi terbaru