Lawatan Penilaian Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia daripada Pusat Pentauliahan telah diadakan pada 2 Oktober 2014 (Khamis). Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Uda Hamdan dan turut disertai oleh sepuluh orang panel.
Rombongan ini telah tiba tepat jam 08.30 pagi dan dimulakan dengan perbincangan serta pembahagian kumpulan mengikut bidang masing- masing di dalam Bilik Mesyuarat sebelum membuat lawatan ke bengkel-bengkel SKM. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memastikan Modul Pembelajaran yang dihasilkan oleh guru- guru SKM semasa Bengkel Pembangunan Modul Kemahiran WIM telah mengikut piawaian yang ditetapkan selain mentauliahkan SM Pendidikan Khas sebagai Pusat Pentauliahan memandangkan terdapat sebilangan murid yang akan menamatkan sesi persekolahannya pada tahun ini. Guru- guru SKM telah mendapat banyak ilmu serta beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap Modul Pembelajaran. Lawatan ini telah tamat pada jam 05.20 petang.
Semua guru diberi taklimat untuk proses pentauliahan |

Proses pemeriksaan fail-fail untuk pentauliahan |
Mendengar penerangan daripada panel yang bertanggungjawab |
Perbincangan bersama panel |
Pelajar PPM sedang membuat amali |
Guru SKM bahagian penternakan bersama panel |
Sedang mendengar taklimat |
Panel sedang memberi penerangan dan komen |
Perbincangan antara guru SKM bersama ahli panel |
Encik Uda Hamdan bersama salah seorang ahli panel sedang meneliti Modul Pembelajaran |
Sesi lawatan ke Bengkel Atendan Landskap |
Sesi penambahbaikan Modul Pembelajaran |