Ads 468x60px

Dashboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 18 August 2014

SEMARAK KEMERDEKAAN 2014

       Program Semarak Kemerdekaan ini akan berlangsung bermula 18hb Ogos 2014 sehingga 12hb September 2014. Majlis pelancaran telah berlangsung pada hari ini iaitu 18hb Ogos 2014 dengan meriah sekali dengan persembahan pelajar dan juga persembahan multimedia yang memaparkan beberapa konsep kemerdekaan negara kita. 

      Selain daripada itu, pada  dalam majlis perasmian ini telah diadakan satu simbolik untuk menunjukkan apakah itu merdeka dengan pelepasan dua ekor burung merpati oleh Puan Pengetua Hajah Norran binti Hj Ahmad bersama-sama En Ramli bin Ibrahim selaku Guru Penolong HEM.
Acara dimulakan dengan persembahan daripada pelajar



       Sepanjang program ini berlangsung banyak aktiviti yang telah diadakan antaranya pertandingan menghias kek, sajak, tadarus Al-Quran, mewarna dan lain-lain lagi. 

  Objektif program ini antaranya ialah :

1)Menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara.
2)Mencungkil bakat pelajar dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
3)Menguji pengetahuan am para pelajar dan isu-isu semasa.
4)Murid-murid mengetahui dan mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan.
5)Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu-padu antara kaum dan menghayati tema  sambutan kemerdekaan.