SMPKV Kuantan mula dibina pada tahun 2009 di atas sebidang tanah berkeluasan 32 ekar. SMPK Vokasional Kuantan merupakan Sekolah Menengah Pendidikan Khas yang ketiga ditubuhkan dan disenaraikan di bawah pengurusan Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini, hasil daripada persefahaman dan kerja erat antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan. Pembinaannya siap pada tahun 2011 dan penyerahan kepada BP Khas, KPM dilakukan pada bulan Jun 2012. Bidang keberhasilan utama sekolah ini ialah pertanian dan perternakan di samping bidang-bidang lain.
Pembukaan SMPKV Kuantan bertujuan untuk menjana dan membuka peluang yang lebih luas kepada murid berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan dan latihan khusus dalam bidang vokasional dan kemahiran. SMPKV Kuantan mula beroperasi pada 16 Julai 2012 dengan pengambilan pertama murid seramai 31 orang yang terdiri daripada murid Masalah Pembelajaran. Empat kursus ditawarkan iaitu Pekerja Ladang Ruminan (PLR), Pekerja Ladang Ternakan Poltri (PLP), Juruteknik Rendah Akuakultur (JRA) dan Pembantu Penyedia Roti (PPR). Seramai 25 orang guru, seorang pembantu tadbir, 8 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), 8 orang pekerja pembersih kawasan dan 8 orang pengawal keselamatan diambil pada awal tahun 2012. Sehingga penghujung 2013, jumlah murid ialah seramai 116 orang.
Mulai Januari 2013, pengambilan penuh untuk 13 kursus (11 kursus Masalah Pembelajaran, 2 kursus Masalah Pendengaran). Pada Mac 2014, kursus Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) bagi murid bermasalah pendengaran dijumudkan dan ditukarkan kepada kursus SKM, bersama-sama dengan kursus SKM yang diambil oleh murid bermasalah pembelajaran. Kursus tersebut ialah:
MATA PELAJARAN BIDANG VOKASIONAL
| |
HOSPITALITI
|
CENDERAHATI DAN INDUSTRI KECIL
|
Pembuatan Pastri
|
Operasi Pengeluaran Batik
|
Pembuatan Roti
| |
Penyediaan dan Pembuatan Makanan
|
MATA PELAJARAN BIDANG TEKNIK
| |
PENTERNAKAN
|
PERTANIAN
|
Operator Akuakultur
|
Atendan Lanskap
|
Pekerja Ladang Ruminan
|
Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan
|
Pekerja Ladang Ternakan Poltri
|
Pekerja Am Tanaman
|
Pada November 2014, SMPKV Kuantan telah mendapat kod pusat bertauliah iaitu K05092. Seramai 37 orang murid telah berjaya menamatkan persekolahan dan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pada tahun 2015 pula, seramai 81 orang murid telah layak mendapat Sijil Kemahiran Malaysia.
TARIKH KEMASKINI: 22 FEBRUARI 2020
TARIKH KEMASKINI: 22 FEBRUARI 2020