Penyediaan pizza merupakan salah satu topik pembelajaran yang terdapat di dalam Kursus Pembuatan Roti (PR) Tahap 2.
Sebagai pemantapan dalam kemahiran penyediaan pizza, satu kursus telah diadakan bertempat di Bengkel Pembuatan Roti SMPKVK dengan bimbingan tenaga pengajar mahir iaitu Chef Ahmad Nizam (Bakery & Pastry Consultant) pada 16 Januari 2017. Seramai 6 orang guru dan 8 orang telah terlibat untuk menyertai kursus tersebut dengan jayanya.