Pada 03 Januari hingga 06 Januari, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Minggu Silaturrahim Murid Baharu SMPKVK bagi sesi 2017.
Seramai 92 orang murid baharu telag mendaftar untuk ambilan pertama. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi taklimat kursus, latihan dalam kumpulan (LDK), riadah dan aktiviti kerohanian. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menanam sikap cinta akan sekolah selain mendidik diri murid- murid untuk berdikari sepanjang berada di sekolah ini.